Thursday, 29 January 2015
Lawatan ke pameran kraf tangan
Lawatan ke pameran kraf tangan
Pada hari Ahad yang lalu, saya ke pameran kraftangan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf , Kuala Lumpur. Saya ke sana bersama sepupu.Kami bertolak pada pukul 1 petang dengan menaiki bas.
Setibanya kami di sana , gerai pertama yang kami kunjungi ialah gerai kraftangan mengkuang. Saya nampak ada banyak barangan yang dijual seperti alas duduk , bakul , tudung saji , beg dan bermacam - macam lagi. Saya kagum melihat pengusaha gerai yang sedang menganyam tikar dengan teliti.
Selepas itu , saya ke gerai bersebelahan iaitu gerai kraftangan seramik. Antara produk seramik ialah labu sayong dan lampu hiasan seramik.Saya melihat seorang pembeli menempah produk seramik dengan kuantiti yang banyak sebagai cenderahati untuk majlis perkahwinan. Harga produk itu bergantung pada saiz dan jenis seramik.
Seterusnya , kami menuju ke gerai rotan dan buluh .Antara produk yang dihasilkan ialah sarang burung , sumpit, bakul, raga, bubu dan perabot. Saya dapat lihat seni buatannya yang kemas,halus dan teliti.Sepupu saya membelikan saya sebuah raga. Pengusaha gerai itu berpesan supaya guna berus bulu lembut atau kain untuk membuang habuk sekurang - kurangnya sekali seminggu supaya produk ini tahan lama.
Setelah berpuas hati, saya pun melangkah keluar dari gerai itu. Saya terlihat sebuah gerai kraftangan batik yang agak menarik. Gerai itu dihiasi dengan corak - corak batik yang menarik dan bewarna - warni. Gerai itu menjual selendang, beg tangan ,alas tilam, selimut dan berbagai - bagai lagi.Saya berpeluang untuk mencuba buat batik . Ia menggunakan alat canting dan lilin panas untuk membuatnya.
Banyak lagi gerai yang saya tidak sempat kunjungi . Saya penat kerana berjalan sepanjang hari tetapi saya juga gembira kerana dapat belajar seni kraftangan di Malaysia . Saya berharap pameran seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa yang akan datang .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
karangan ni banguslahhh
ReplyDeletebundek
ReplyDeletekarangan macam tahi
ReplyDeletemau fight arh ?
ReplyDeletemasalah chonh
ReplyDeletechong
DeleteVery clear understand essay.l like this so much😎
ReplyDeleteI like that
ReplyDelete